Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

121  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1739.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: "Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai harta sepenuh dua lembah, tentulah ia meminta agar diberi harta selembah lagi. Rongga batang tubuh anak Adam itu hanya dapat dipenuhi (dipuaskan) dengan tanah. Setelah itu Tuhan memberi taubat kepada siapa yang taubat."

122  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1493.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh syaitan ketika lahirnya itu, lalu ia memekik menangis kerananya, selain Maryam dan anaknya".

123  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1555.
Dari Ubadah bin Shamit r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah bersabda) sedang beliau dikelilingi oleh sekumpulan sahabat-sahabat beliau. Sabda beliau: "Marilah kamu mengadakan perjanjian dengan saya, bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun. Kamu tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan kebohongan (kepalsuan) yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu (melakukan kejahatan), dan tidak akan mendurhakai saya dalam amal kebaikan. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka upahnya dari Tuhan. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antaranya, lalu ia diseksa di dunia ini, itu menjadi kifarat (menghapuskan dosanya). Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antara yang demikian dan Tuhan menutupinya (tidak diketahui orang), urusannya terserah kepada Tuhan. Jika Tuhan menghendaki diseksaNya, dan jika Tuhan menghendaki dimaafkanNya" Kata Ubadab: "Lalu kami mengadakan perjanjian dengan beliau berkenaan dengan yang demikian itu".

124  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1827.
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa seorang Yahudi memecah kepala seorang anak perempuan disepitkan antara dua batu. Lalu ditanyakan kepada anak perempuan itu, siapa yang memperbuatnya: "Si Anu atau si Anu?" Sampai tersebut nama Yahudi itu. Kemudian dia dibawa ke hadapan Nabi saw. dan diperiksa terus menerus sampai mengakui kesalahannya. Lalu kepalanya dipecah pula dengan batu.

125  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0509.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah datang kepada ku, dan ketika itu di dekat ku ada dua orang anak perempuan sedang menyanyikan lagu peperangan Buats. Beliau berbaring di atas tikar dan memalingkan mukanya ke tempat lain. Kemudian datang Abu Bakar, lalu dia memarahi ku dan berkata: "Seruling syaitan dekat Nabi saw." Nabi saw. melihat kepada Abu Bakar dan berkata: "Biarkanlah mereka!" Setelah Nabi lengah, ku cubit kedua anak perempuan itu dan keduanya terus pergi. Hari itu adalah hari raya, di mana orang Sudan bermain pedang dan perisai. Entah aku yang meminta atau barangkali, Nabi sendiri yang mengatakan kepada ku, katanya, "Apakah engkau ingin melihat?" Jawab ku, "Ya!" Aku disuruhnya berdiri di belakangnya dan pipi ku dekat dengan pipi beliau, Dia berkata, "Lagi! Lagi! Bani Arfidah!" Akhirnya aku bosan melihat. "Sudah cukup?" tanya beliau. "Cukup!" jawab ku. "Nah! Pergilah!" katanya.

126  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1833.
Dari Anas r.a. bahawa seorang anak perempuan suku Nadha ( menampar seorang anak perempuan, sehingga pecah (patah) giginya yang sebelah muka. Mereka datang mengadu kepada Nabi saw. dan Nabi menyuruh supaya dijalankan kisas (pembalasan).

127  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1472.
ari Abu Hurairah r.a.: Ada orang bertanya: "Hai Rasulullah! Siapakah manusia yang termulia?" Beliau menjawab: "Yang paling bertaqwa kepada Allah (mematuhi perintahNya)". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Jika begitu, Yusuf Nabi Allah anak Nabi Allah dan anak kekasih Allah". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Kalau begitu, tentu kamu hendak menanyakan kepada saya tentang keperibadian orang Arab. Mereka yang baik pada masa jahiliah, mereka itulah yang lebih baik dalam zaman Islam, jika mereka mengerti".

128  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1935.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Nabi saw. melambatkan solat ini (Isya). Maka datanglah Umar mengatakan: "Ya Rasulullah! Orang-orang perempuan dan anak-anak telah tidur." Nabi datang sambil menyapukan air dari sebelah mukanya dengan mengucapkan: "Sesungguhnya inilah waktu (yang baik), kalau kiranya tidak akan memberatkan kepada umatku."

129  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1778.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Ditanyakan kepada Nabi saw. tentang anak-anak kaum musyrik., lalu beliau menjawab: "Allah lebih tahu tentang apa yang mereka perbuat."

130  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1360.
Dari Abdullah bin Umar r.a.: Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di zaman Nabi s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan membunuh perempuan dan anak-anak.